fbpx

Ubahsuai rumah lama jadi lokasi percutian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lokasi percutian seperti sebuah kediaman di dalam kawasan hutan adalah antara pilihan paling sesuai bagi mewujudkan sebuah percutian umpama sedang berada di rumah sendiri

BAGI sesetengah individu, biarpun ketika bercuti sama ada jauh mahu pun dekat, mereka masih mahu berasa seolah-olah sedang berada di rumah sendiri.

Justeru, lokasi percutian seperti sebuah kediaman di dalam kawasan hutan adalah antara pilihan paling sesuai bagi mewujudkan sebuah percutian umpama sedang berada di rumah sendiri.

Terletak kira-kira 30 minit dari ibu kota Kuala Lumpur, 1858 Semungkis di Jalan Kampung Sungai Semungkis, Hulu Langat, Selangor merupakan sebuah lokasi percutian sering dipenuhi pengunjung pada hujung minggu.

Pemiliknya, Abdul Rahmat Omar berkata dia mengubah suai sebuah kediaman lama berusia 46 tahun yang dipanggil Main House kepada sebuah lokasi percutian berkonsepkan kampung yang cukup damai dan menenangkan.

“Kami mahu berkongsi pengalaman menginap di kediaman yang sudah diubah suai ini bersama orang ramai.

“Lokasinya yang hanya terletak kira-kira 30 minit dari ibu kota adalah cukup sesuai sebagai lokasi percutian yang menenangkan, dengan pengunjung juga boleh bermandi-manda di Sungai Semungkis yang terletak hanya beberapa langkah dari dapur kediaman ini,” ujarnya.

Deruan air sungai yang terletak betul-betul di belakang lokasi penginapan itu pastinya mengimbau kembali keseronokan bercuti di kampung halaman nenek satu ketika dahulu.

Deruan air sungai yang terletak betul-betul di belakang lokasi penginapan itu pastinya mengimbau kembali keseronokan bercuti di kampung halaman nenek satu ketika dahulu

Kelebihan lain yang ada pada lokasi itu juga adalah, ia terletak di dalam sebuah kebun buah dan sayur-sayuran organik.

Jelas Abdul Rahmat, memandangkan dapur kediaman itu boleh digunakan untuk memasak, pengunjung boleh mengambil sayur-sayuran di situ untuk dimasak.

“Kami mahu pengunjung merasai pengalaman bercuti ala perkhemahan, namun dalam suasana penuh selesa memandangkan kawasan ini lengkap dengan dapur memasak,” katanya.

Tambahnya lagi, selain Main House, terdapat dua buah kediaman lain yang boleh disewa pengunjung di lokasi tersebut iaitu The Cabins dan The Kampong House.

“The Main House merupakan unit utama dengan tiga bilik tidur, dua bilik mandi, satu bilik mandi di bahagian luar kediaman, pendingin hawa dan juga ruang balkoni yang mampu memuatkan antara enam hingga 10 orang pengunjung pada satu-satu masa.

“The Cabins pula merupakan dua penempatan jenis kabin dengan dua bilik tidur, dua bilik mandi dan pendingin hawa yang mampu memuatkan sehingga lapan orang dewasa.

“Bagi unit The Kampong House pula, ia mempunyai satu bilik, satu bilik air yang terletak di bahagian luar dan mampu memuatkan antara dua hingga empat orang individu dewasa. Hanya unit ini sahaja yang tidak dilengkapi dengan pendingin hawa,” ujar Abdul Rahmat.

Antara aktiviti lain yang boleh dicuba pengunjung termasuklah berjoging, berbasikal, melihat burung dan pada waktu malam pula, pengunjung boleh melihat bintang bersama yang tersayang.

Tambah Abdul Rahmat, pakej penginapan di 1858 Semungkis adalah termasuk dengan sarapan pagi.

Sebarang tempahan boleh dibuat menerusi laman web www.airbnb.com/1858semungkis.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI