fbpx

Kisah hitam mangsa dera, rogol yang menyakitkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ORANG ramai perlu tampil melaporkan kepada pihak berkuasa sekiranya mempunyai maklumat tentang kes-kes penderaan. - GAMBAR HIASAN

Luluh hati melihat kesan merah berbirat penuh di badan dua kanak-kanak dipercayai menjadi mangsa dera selama dua tahun.

Tidak tertanggung rasa derita kedua-duanya. Dipukul tanpa belas ihsan, malah mungkin dibiarkan tanpa makanan berjam-jam lamanya.

Rayuan kanak-kanak berkenaan supaya membawanya keluar dari ruang ‘neraka’ itu membuktikan bahawa begitu perit keadaan yang ditanggung.

Jika benar mereka didera, tiadakah sekelumit rasa sayang dan kasihan pada darah daging sehingga tergamak diperlakukan sedemikian.

Tiadakah sedikit rasa curiga selain perasaan percaya si ibu pada saudaranya selama dua tahun tidak berjumpa kanak-kanak itu.

Tiadakah rasa pelik dalam kalangan jiran tetangga tentang perilaku suspek mahupun anak-anak itu.

Berpada-padalah berpegang pada kata-kata jangan jaga tepi kain orang kerana perumpamaan itu tidak boleh dipakai pada setiap masa.

Ada kalanya sikap menyibuk kita mampu menyelamatkan nyawa orang.

Satu lagi kisah menyakitkan adalah peristiwa hitam melingkari dua remaja yang menjadi pemuas nafsu bapa selama tujuh tahun.

Sungguh tidak tertanggung, apabila mengenangkan detik hitam terpaksa di tempuhi dua beradik itu sepanjang tempoh kejadian dan sesak dada memikirkan masa depan mereka.

Dalam isu ini trauma yang ditanggung dua remaja itu perlu dirawat dan diubati. Tujuh tahun mereka simpan detik hitam buat sesuatu yang mudah.

Kes rogol remaja berusia 14 tahun oleh lima lelaki yang berlaku di salah sebuah daerah di Selangor turut menyesakkan dada.

Bagaimana ia boleh terjadi dan keadaan apa yang mendorong lima lelaki berkenaan melakukan perbuatan terkutuk itu. Pengaruh apakah merasuk mereka. Sungguh tidak terjangkau dek akal pemikiran.

Tiga kes ini antara beribu kisah tragis berlaku sekitar seminggu dua ini, pendedahan bukan menunjukkan kepincangan keluarga tetapi menyelamatkan lebih ramai mangsa.

Statistik menunjukkan seramai enam kanak-kanak dan remaja menjadi mangsa jenayah seksual setiap hari di negara ini sejak tiga tahun lalu.

Statistik diperoleh itu berdasarkan rekod Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang merekodkan sebanyak 6,897 kes jenayah seksual terhadap kanak-kanak dan remaja bagi tempoh tiga tahun antara 2018 hingga 2020.

Kanak-kanak yang sepatutnya membesar dengan penuh senyuman dan tawa ria, tetapi menempuh kehidupan maha dasyat sejak kecil.

Sukar untuk mencari punca, namun kembalilah kepada pembinaan keluarga bahagia, agar setiap perilaku disusuli dengan belas ihsan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI