fbpx

Setahun bertunang, Ainul Aishah kini bergelar isteri 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AINUL AISHAH selamat bernikah pada Ahah lalu.

PETALING JAYA – Selepas lebih setahun mengikat tali pertunangan, pelakon Ainul Aishah kini bertukar status menjadi isteri kepada pilihan hatinya, Khalid Redzuan pada Ahad lalu. 

Ainul atau nama lengkapnya Ainul Aishah Azizun, 37, berkongsi momen bahagia majlis pernikahannya yang diadakan di sebuah hotel di ibu negara menerusi Instagram.

Pelakon drama Semerah Cinta Humairah turut memanjatkan rasa syukur yang tidak terhingga atas kelancaran majlis dan kebahagian dikurniakan Tuhan seorang suami penyayang.

“Saya bersyukur atas segalanya. Akhirnya saya menjadi isteri kepada seorang lelaki yang penyayang. Saya bertuah sebab dikelilingi keluarga dan rakan-rakan pada hari bahagia. 

“Memori ini akan sentiasa ada dalam hati saya. Terima kasih kepada semua yang terlibat menjadikan perkahwinan saya sangat bermakna,” tulisnya. 

Dalam beberapa entri berasingan, Ainul turut memuat naik foto-foto menarik sepanjang berlangsungnya majlis perkahwinan dia dan Khalid yang merupakan seorang ahli perniagaan. 

Sebelum sah diijabkabul bergelar isteri orang, Ainul turut mengakui gementar dan cukup beremosi.

“Momen sebelum kami bergelar suami dan isteri. Momen yang sangat beremosi buat saya sebab sangat gementar sejak hari sebelumnya. 

“Alhamdulillah, dengan sekali lafaz, kami kini suami isteri,” tulisnya lagi. 

Ainul mengikat tali pertunangan dengan Khalid pada Mac 2021 dan pasangan itu merancang untuk bernikah menjelang hujung tahun sama namun hanya menjadi kenyataan ada Ahad lalu.

Pasangan itu mula menjalin hubungan cinta sejak April 2017 selepas menerima mesej peribadi yang dihantar melalui Instagram pelakon Nana Tanjung itu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI