fbpx

Penumpang mengamuk cuba pecah tingkap ketika pesawat di ruang udara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PENUMPANG itu bertengkar dengan kakitangan sebelum cuba memecahkan tingkap pesawat. – Twitter/baaghi tv

ISLAMABAD – Seorang penumpang yang marah menimbulkan kekecohan di dalam pesawat yang sedang dalam penerbangan ke Dubai dengan cuba memecahkan tingkap kaca sekali gus merisikokan nyawa beratus-ratus penumpang lain, lapor akhbar Daily Star semalam. 

Lelaki itu pada awalnya bertengkar dengan kru kabin, manakala pertengkaran mereka tidak lama kemudian bertukar fizikal apabila dia cuba merosakkan bahagian dalam pesawat.

Pesawat itu berlepas dari Peshwar, Pakistan pada 14 September lalu. Penumpang lain berada dalam ketakutan selepas lelaki itu mula menendang tingkap.

Lelaki yang dikatakan mengalami masalah mental itu tiba-tiba menumbuk dan menendang tempat duduk di dalam pesawat PIA penerbangan PK283.

Dia menyerang kru kabin yang cuba menenangkannya dan mengelak penumpang lain daripada panik.

Mereka akhirnya berjaya menahan lelaki itu dengan mengikat tangan dan kakinya.

Kru kabin kemudian memaklumkan kejadian itu kepada juruterbang yang seterusnya menghubungi pengawal trafik udara dan meminta bantuan keselamatan. 

Selepas mendarat, penumpang itu diiring keluar daripada pesawat dan ditahan oleh anggota-anggota keselamatan di lapangan terbang Dubai, demikian menurut saluran berita BaaghiTV.

“Insiden itu berlaku pada 14 September (2022) dan penumpang itu diusir daripada penerbangan yang sama selain disenaraihitamkan oleh Syarikat Penerbangan Antarabangsa Pakistan (PIA),” kata PIA. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI