fbpx
Filem Mat Kilau mula ditayangkan di saluran Netflix pada 16 September lalu.

Buta seni tak apa, tak berilmu itu masalah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Sesiapa pun dalam dunia ini boleh mengkritik. Tidak kira pangkat, darjat atau keturunan seseorang. Lagipun ia percuma.

Menghentam atau memuji sesuatu yang dihasilkan oleh orang lain merupakan benda yang paling mudah untuk dilakukan. Ia bergantung kepada penerimaan dan persepsi seseorang.

Jika kita salah menghentam, silap-silap kita akan ‘ke dalam’. Jatuh kategori memfitnah atau menghina. Orang yang tak boleh diusik misalnya akan cepat terasa dan terus membuat laporan membuatkan si pelakunya disiasat.

Untuk yang suka memuji dan mengampu, semuanya akan baik-baik belaka. Apatah lagi hari pemilihan pucuk pimpinan negara sudah dekat. Terlalu ramai yang suka bermuka-muka muncul. Kena pandai menilai dan jangan terjerat buat kali kedua.

Sehari dua ini kecoh mengenai satu filem yang mencetuskan fenomena buat yang meminati sejarah pahlawan orang Melayu.

Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan kini mempunyai dua puak penyokong dan pengkritik iaitu pembelanya ketika di panggung serta penyanggahnya selepas ia ditayangkan di kaca televisyen.

Seperti sesetengah orang, penulis juga sudah menonton filem ini di layar perak. Tidak dinafikan sistem audio dan video yang ada di pawagam membuatkan berbaloi untuk menghabiskan hampir dua jam duduk di dalam perut panggung.

Enggan keluar awal sebab sudah membayar sejumlah wang. Lagipun bukan satu, malah enam tiket yang telah dibeli. Rugi besar jika tak tunggu sampai habis.

Aksi silat dan peperangan yang dihasilkan juga banyak disokong oleh kesan bunyi yang semenangnya menjadi punca mengapa filem itu meletup-letup di pawagam.

Ditambah dengan komen positif ibarat testimoni yang membawa lebih ramai untuk menontonnya hingga terhasil hampir RM100 juta. Lalu ia dinobatkan sebagai box office.

Tetapi sebaliknya berlaku sebaik ia menerjah ke saluran Netflix. Ada yang kata sudah tentu sistem audio dan video yang ada di rumah terlalu jauh kualitinya dengan yang ada di GSC atau TGV. Sebab itu ia suram.

Jika itu alasannya, maka kita silap kerana ada juga filem lain yang pada asalnya meletup di pawagam tetapi tetap mendapat sambutan dan komen yang sama ketika ia menerjah saluran di televisyen.

Lantas, apa yang dimahukan oleh penonton sebenarnya. Syamsul Yusof sebelum ini memberitahu, kita bahawa dia telah mengabdikan diri untuk tempoh yang terlalu lama bagi memahami dan mengkaji selera penonton sebelum mula mengarah filem epik tersebut.

Buta seni itu bukan satu dosa tetapi yang membuatkan kita nampak kurang cerdik apabila bercakap sesuatu perkara yang kita tidak ada langsung ilmu mengenainya.

Bagi pengkaji sejarah, filem Mat Kilau membawa makna lain dan bagi yang mencari keseronokan, sudah tentu cepat berasa bosan, meluat dan menyampah apabila lebih banyak ceramah daripada babak aksi.

POPULAR