fbpx

Polis arah Misteri Trak Kuning ditutup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PENGUNJUNG dibawa menaiki sebuah trak berwarna kuning sebelum merasai pengalaman dikejutkan oleh ‘hantu’ di Rembau. – MEDIA SOSIAL

REMBAU – Penganjur Misteri Trak Kuning di Kampung Pulau Bongek di sini, terpaksa akur de­ngan arahan polis bagi menutup segera perkhidmatan ‘seram’ yang diwujudkan kira-kira sebulan lalu susulan aduan penduduk yang tidak tahan dengan gangguan bunyi bising.

Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintendan Hazri Mohamad berkata, polis mene­rima aduan orang awam terdapat gangguan bunyi bising melampau antara pukul 9 malam sehingga 1 pagi daripada satu perniagaan ‘Misteri Trak Kuning’.

Menurutnya, gangguan yang dimaksudkan penduduk adalah bunyi jeritan pelanggan perniagaan tersebut hingga menganggu masa rehat dan tidur penduduk kampung.

“Tempat perniagaan telah dilawati dan telah dinasihati untuk mengehadkan kemasukan pelanggan, mengurangkan bunyi atau suara daripada pembesar suara dan mengehadkan waktu perniagaan sehingga pukul 12 tengah malam sahaja.

“Pada lawatan berkenaan, pemilik iaitu perempuan berusia 26 tahun juga telah bersetuju mematuhi nasihat yang diberikan. Hasil pemeriksaan juga mendapati perniagaan masih belum memperolehi apa-apa lesen atau permit hiburan daripada pihak berkuasa tempatan (PBT),” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Katanya, penganjur akur dan tarikh akhir menjalankan perniagaan pada 16 September lalu.

Terdahulu, sekumpulan anak muda di sini menawarkan khidmat pengalaman seram mengikut tema setiap minggu kepada peminat aktiviti tersebut pada setiap Jumaat, Sabtu dan Ahad.

Pengunjung akan dibawa menaiki sebuah trak pikap kuning dan melalui kawasan-kawasan yang telah dikenal pasti pemilik perniagaan sebelum merasai pengalaman dikejutkan ‘hantu’.

Sementara itu, penganjur Misteri Trak Kuning, Norashima Isa, 26, berkata, pihaknya akur ­dengan nasihat pihak berkuasa.

“Idea ini timbul hasil cadangan adik-beradik saya serta ia dijalankan atas tanah adat milik keluarga.

“Kami juga telah hadkan bilangan kenderaan yang masuk ke kawasan kampung kira-kira tujuh buah kenderaan dalam satu masa,” tambahnya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI