fbpx
Pameran KMJ sempena Festival Majestic Johor tarik kehadiran seramai 135,628 pengunjung dalam dan luar negara.

Pameran KMJ sempena Festival Majestic Johor tarik 135,628 pengunjung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISKANDAR PUTERI – Pameran Kembara Mahkota Johor (KMJ) sempena Festival Majestic Johor (FMJ) 2022 yang diadakan selama 11 hari baru-baru ini telah berjaya menarik kehadiran seramai 135,628 pengunjung dari dalam dan luar negara.

Setiausaha Sekretariat KMJ, Hishamuddin Abdul Rahim berkata, pameran berkenaan mempamerkan 17 kenderaan milik Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar yang digunakan baginda sepanjang penganjuran jelajah KMJ sejak tahun 2000.

“Selama 11 hari penganjuran pameran berkenaan, ia mendapat sambutan yang cukup baik dari orang ramai termasuk pelancong asing. Bukan sahaja rakyat tempatan, malah terdapat pengunjung dari pelbagai negara luar antaranya Argentina, New Zealand, Australia, Greece, Palestin, Singapura, China, United Kingdom dan Korea Selatan,” katanya.

Tambah beliau, pengunjung terpegun melihat kenderaan-kenderaan yang dipamerkan dan tidak melepaskan peluang bergambar bersama rakan dan keluarga masing-masing.

“Turut dipamerkan adalah cenderahati yang dipersembahkan kepada baginda pada acara KMJ antaranya lampu rumah api, replika gerbang mahkota, steering kapal dan replika kereta Morgan,” jelasnya.

Antara kenderaan lain yang turut dipamerkan termasuklah koleksi motosikal berkuasa tinggi, Modenas Jaguh, Harley Davidson Road King Special Flinstones, Harley Davidson Soft Tail Deluxe Coronation Edition, Harley Davidson Electra Glide Standard Police dan Harley Davidson Road King Asian Tiger.

 

POPULAR