fbpx

Musytari paling dekat dengan Bumi 26 September ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Musytari akan berada paling hampir dengan Bumi dalam tempoh 70 tahun. – NASA

WASHINGTON – Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) menyatakan bahawa Planet Musytari akan berada pada kedudukan paling hampir dengan Bumi pada 26 September ini, lapor laman berita Wion News semalam.

Ini bermaksud orang ramai berpeluang melihat planet terbesar dalam sistem suria itu dalam keadaan paling jelas ketika ia menghampiri Bumi pada jarak paling dekat bagi tempoh 70 tahun.

“Orang ramai berpeluang melihat pemandangan indah Planet Musytari sepanjang malam 26 September ini apabila ia mencapai kedudukan tersebut,” kata NASA dalam satu hantaran blog.

Fenomena ‘pertentangan’ itu berlaku dari sudut pandangan Bumi apabila objek angkasa berada di bahagian timur dan Matahari terbenam di Barat. Ia akan meletakkan Matahari dan objek tersebut pada kedudukan yang benar-benar bertentangan antara satu sama lain.

Pertentangan Musytari berlaku dalam tempoh setiap 13 bulan, namun pada 26 September ini, planet tersebut akan kelihatan lebih terang dan besar berbanding biasa.

“Bukan itu sahaja, Musytari akan berada paling hampir dengan Bumi dalam tempoh 70 tahun,” kata NASA.

Musytari dikatakan akan berada pada jarak 587 juta kilometer dari Bumi ketika ia dalam kedudukan paling hampir dengan planet kita. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI