fbpx

[VIDEO] Gunung berapi lumpur meletus di Lahad Datu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Satu kejadian gunung berapi lumpur telah berlaku di Taman Hidupan Liar Tabin, Lahad Datu semalam.

KOTA KINABALU – Satu kejadian gunung berapi lumpur telah berlaku di Taman Hidupan Liar Tabin, Lahad Datu semalam.

Fenomena jarang berlaku itu turut tular di media sosial sejak malam tadi selepas video gunung berapi lumpur itu sedang meletus telah dimuat naik oleh individu yang kebetulan berada berhampiran lokasi kejadian.

Perkara itu juga menyebabkan orang ramai menjangkakan kemungkinan akan berlaku gempa bumi memandangkan kejadian gegaran semula jadi sudah menjadi perkara biasa di Sabah terutama selepas gempa bumi sederhana bermagnitud 5.9 skala Richter berpusat di Gunung Kinabalu pada tahun 2015.

Bagaimanapun, kewujudan gunung berapi lumpur bukan sesuatu yang baharu di Sabah, malah selain di Tabin, ia juga boleh ditemui di daerah lain antaranya di Taman Pulau Tiga, Kuala Penyu.

Kewujudan gunung berapi lumpur atau garuok dalam kalangan masyarakat Sabah, menyebabkan kawasan limpahan lumpur itu semakin luas.

Selain itu, antara kawasan yang dikesan wujud gunung berapi lumpur ialah di Kampung Tanjung Aru, Menumbok dan di Kampung Tenambak yang jaraknya kira-kira 40 kilometer dari Kampung Tanjung Aru, Kunak dan Tabin di Lahad Datu di kawasan pantai timur. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI