fbpx

Jantung tertua pada fosil ikan berusia 380 juta tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PASUKAN itu kagum apabila mendapati organ fosil itu masih utuh. – Adelinah Razali, Curtin University

CANBERRA – Sekumpulan saintis di Australia menemui jantung tertua di dunia berada di daam fosil seekor ikan berusia 380 juta tahun, lapor laman berita Wion News kelmarin.

Saintis-saintis berkata, kajian yang diketuai oleh Universiti Curtin di Perth itu mendedahkan bagaimana tubuh manusia telah berkembang.

Fosil ikan itu ditemui oleh penyelidik dari Gogo Formation di wilayah Kimberley, barat Australia.

Spesimen itu ditemui di dalam konkrit batu kapur, manakala pasukan penyelidik diketuai oleh Profesor Kate Trinajstic mengimbasnya menggunakan X-ray dan sinar neutron, demikian menurun kenyataan Universiti Curtin.

Tisu lembut di dalamnya kemudian dirakam dalam bentuk tiga dimensi (3D). 

Saintis-saintis buat pertama kalinya menghasilkan model jantung 3D berbentuk seperti huruf s yang rumit daripada spesies ikan mempunyai rahang yang telah pupus dipanggil arthrodire.

Kajian itu diterbitkan dalam jurnal Science. Menurut Profesor Trinajstic, penemuan itu adalah menakjubkan.

“Sebagai ahli paleontologi yang telah mengkaji fosil selama lebih 20 tahun, saya benar-benar kagum apabila menemui jantung 3D dan terpelihara dengan baik daripada haiwan berusia 380 juta tahun,” katanya.

Penemuan itu mempunyai impak penting untuk kajian mengenai evolusi. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI