fbpx

Gelang masuk untuk lihat keranda Ratu Elizabeth II dijual di eBay

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ntara senarai jualan gelang getang Westminster Hall yang dijual di eBay. - Twitter

LONDON – Gelang getah terpakai yang diberi kepada individu yang beratur untuk memasuki Westminster Hall sejak empat hari lalu kini dijual di platform beli-belah online pada harga mencecah £446 (RM2,333), lapor akhbar Metro UK semalam.

Sejak Khamis lalu, ribuan rakyat Britain mula beratur di kota London untuk memberi penghormatan terakhir kepada keranda Ratu Elizabeth II yang bersemayam di Westminster Hall.

Gelang getah tersebut kini dijual di laman eBay dan beberapa platform online lain.

Tujuan gelang getah tersebut diedarkan pihak istana adalah bagi memberi kelonggaran kepada mereka yang beratur untuk keluar barisan sebentar untuk ke tandas atau membeli makanan.

Namun begitu, eBay berjaya mengesan tindakan segelintir pengguna laman tersebut yang menjual semula gelang itu dan berjanji akan mengambil tindakan sewajarnya.

“Penjualan gelang getah itu melanggar polisi jual beli platform ini dan akaun penjual akan digantung,” kata seorang jurucakap eBay.

Sejak keranda mendiang Ratu Elizabeth II tiba di Westminster Hall untuk bersemayam, panjang barisan beratur mencecah sehingga lapan kilometer dan waktu menunggu untuk masuk ke dalam dewan adalah sekitar 24 jam.

Barisan beratur tersebut bagaimanapun telah ditutup malam semalam disebabkan kapasiti yang terlalu ramai serta bagi memberi ruang persediaan kepada istiadat pengebumian yang akan berlangsung esok (Isnin). – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI