fbpx

Tiada perubahan dalam senarai panggilan – Kim Pan-gon

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Barisan pemain giat menjalani latihan pertama skuad kebangsaan yang berlangsung di Wisma FAM, Kelana Jaya petang tadi. - FOTO IHSAN FAM

PETALING JAYA – Ketua jurulatih skuad Harimau Malaya, Kim Pan-gon memberi bayangan tiada perubahan akan berlaku dalam senarai 25 pemain yang dipanggil untuk bersaing pada kejohanan Piala Raja di Chiang Mai, Thailand minggu depan.

Menurut Pan-gon, seramai 24 pemain telah melaporkan diri pada kem latihan pusat dengan 23 pemain menyertai sesi latihan pertama yang dilakukan Wisma FAM, Kelana Jaya petang tadi.

“Dijangka senarai semua pemain yang dipanggil akan kekal tanpa perubahan. Hanya dua pemain yang tidak berada pada sesi latihan pertama iaitu Shahrul Saad yang tidak sihat, tetapi sudah melaporkan diri bersama pasukan pagi tadi.

“Kemudian, Dion Cools pula hanya akan bersama pasukan pada sesi latihan di Thailand nanti,” katanya ketika ditemui media di Wisma FAM, Kelana Jaya sebentar tadi.

Sebagai rekod, Pan-gon telah memberi ruang kepada beberapa muka baharu dalam senarai 25 pemain yang dipanggil untuk membuktikan keupayaan selain turut mengekalkan watak penting skuad Harimau Malaya yang tampil cemerlang pada kempen kelayakan Piala Asia 2023 di Kuala Lumpur Jun lepas.

Aksi antarabangsa kali ini bakal menjadi ujian pemanas badan pertama buat Pan-gon yang sedang berusaha untuk memantapkan pasukan bagi mengharungi kejohanan Piala AFF 2022 pada Disember dan Piala Asia 2023 tahun depan.

Skuad negara dijadualkan bertemu dengan tuan rumah, Thailand pada 22 September di Stadium 700th Anniversary manakala Trinidad & Tobago akan menentang Tajikistan di venue dan hari yang sama. – KOSMO ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI