fbpx

Sarang tebuan pada papan iklan dimusnahkan bomba

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba sedang memusnahkan sarang tebuan pada sebuah papan iklan di Jalan Hiliran, Kuala Terengganu malam tadi.

KUALA TERENGGANU – Kerisauan orang ramai tentang kewujudan sarang tebuan di sebuah papan iklan berakhir apabila ia dimusnahkan anggota bomba di Jalan Hiliran di sini malam tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Terengganu, Rozizah Abni Hajar berkata, kerisauan itu disebabkan kerana papan iklan yang menjadi lokasi koloni tebuan tersebut bersarang terletak berhampiran lampu isyarat, taman rekreasi dan sebuah pasar raya.

“Aduan berhubung sarang tebuan itu kami terima menerusi hantaran netizen di Facebook.

“Kita terus menggerakkan pasukan untuk memusnahkan sarang tebuan tersebut demi keselamatan awam,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Rozizah berkata, operasi pemusnahan dilakukan menggunakan platform tangga udara memandangkan sarang tebuan terletak pada ketinggian 12.19 meter.

Jelas beliau, operasi memusnahkan sarang tebuan sebesar 60.9 sentimeter makan masa hampir sejam dan selesai sepenuhnya pada pukul 10.17 malam.

“Kita memerlukan kerjasama orang awam memaklumkan penemuan sebarang sarang haiwan dan serangga berbisa seperti tebuan untuk membolehkan tindakan segera diambil,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI