fbpx

5 juta orang jejaki pesawat bawa keranda Ratu Elizabeth II

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pesawat RAF C-17 menerbangkan keranda mendiang Ratu Elizabeth II dari Edinburgh ke London. - AFP

LONDON – Pesawat yang membawa keranda mendiang Ratu Elizabeth II memecah rekod terbaharu dengan menjadi penerbangan yang paling banyak dijejaki setakat ini, lapor stesen penyiaran CNN kelmarin. 

Menurut laman web penjejak penerbangan, FlightRadar24, kira-kira lima juta orang menjejaki secara online ketika jasad mendiang baginda diterbangkan dari Edinburgh ke London pada 13 September atau Selasa lalu.

Jumlah itu diperoleh daripada dua sumber, di mana 4.79 juta orang menyaksikan penerbangannya menerusi laman web dan aplikasi mudah alih Flightradar24. Selain itu, 296,000 orang lagi menonton pergerakan pesawat tersebut di YouTube.

Jumlah itu memecah rekod sebelumnya yang dicapai pada bulan lepas semasa lawatan kontroversi Speaker Dewan Rakyat Amerika Syarikat (AS), Nancy Pelosi ke Taiwan. Perjalanan pesawat beliau ke Taipei ditonton oleh kira-kira 2.9 juta orang.

“Lonjakan tontonan itu sudah tentu merupakan percubaan pertama kami di peringkat antarabangasa dan paparan trafik kepada orang awam secara langsung boleh mempengaruhi cara mereka berfikir mengenai berita dunia,” kata Pengarah Komunikasi Flightradar24, Ian Petchenik.

Pesawat Tentera Udara Diraja Britain yang membawa jasad Ratu Elizabeth II mengambil masa selama satu jam dan 12 minit dalam penerbangan. Ia mendarat di RAF Norholt iaitu sebuah pangkalan tentera yang terletak kira-kira 9.7 kilometer (km) dari Lapangan Terbang Heathrow di Greater London. – Agensi 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI