fbpx

Samy Vellu meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Samy Vellu.

PETALING JAYA – Bekas presiden MIC, Tun S Samy Vellu meninggal dunia pada usia 86 tahun hari ini.

Bekas Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S. Subramaniam memaklumkan perkara itu di akaun Facebook beliau pagi ini.

“Dengan rasa sedih dan pilu saya menerima berita pemergian Tun Samy Vellu mantan Presiden MIC dan menteri legenda dalam kabinet Malaysia.

“Beliau adalah mentor utama kebanyakan kami. Sumbangan beliau kepada negara dan masyarakat India akan kekal dalam ingatan,” katanya.

Samy Vellu memimpin MIC selama 31 tahun dari 1979 hingga 2010 dan heliau antara menteri Kabinet paling lama berkhidmat iaitu selama 29 tahun.

Difahamkan, beliau meninggal dunia di kediamannya kira-kira pukul 8 pagi tadi di Jalan Ipoh, Kuala Lumpur. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI