fbpx

Tak dapat duit, warga emas parah dibelasah anak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA TERENGGANU – Gara-gara tidak melayan permintaan anak yang mahukan duit, seorang lelaki warga emas parah di kepala dan ibu jari tangan kanan akibat dipukul anak lelakinya di Jertih, Besut dekat sini semalam.

Dalam kejadian pada 7.30 pagi itu, mangsa yang berusia 71 tahun mendakwa dicederakan dengan sebatang tongkat rotan oleh anak kandungnya yang dipercayai penagih dadah.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Abdul Rozak Muhammad berkata, suspek berusia 50 tahun dikatakan mengamuk apabila bapanya enggan memberinya wang.

“Dia kemudiannya memukul bapanya menggunakan sebatang tongkat rotan yang mengenai kepala, mata dan tangan warga emas itu.

“Salah seorang anak perempuan mangsa yang terkejut melihat bapanya berlumuran darah menjerit meminta pertolongan jirannya,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Abdul Rozak berkata, lelaki warga emas itu dikejarkan ke Unit Kecemasan Hospital Besut sebelum dirujuk ke Hospital Sultanah Nur Zahirah di sini setelah jari kananya hampir putus.

Tambah beliau, anak lelaki mangsa diberkas pada pukul 12 tengah hari semalam dan ujian air kencing mendapati lelaki itu positif dadah jenis methamphetamine.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI