fbpx

Bangkai helikopter masih berada di lokasi nahas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bangkai helikopter tersebut masih berada di lokasi ia terhempas di Hutan Simpan Chikus, Bidor.

TAPAH – Bangkai helikopter jenis Eurocopter EC120B yang terhempas di Hutan Simpan Chikus berhampiran Kampung Kenangan, Bidor Ahad lalu belum lagi dialihkan dari lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah, Superintenden Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, bangkai helikopter berkenaan akan dialihkan dari kawasan nahas dalam masa terdekat.

“Setakat ini, helikopter itu masih berada di lokasi kejadian. Kawasan sekitar nahas perlu dibersihkan bagi memudahkan operasi membawa keluar bangkai helikopter tersebut.

“Pihak syarikat yang mengendalikan helikopter itu juga perlu berbincang dengan polis dan Jabatan Perhutanan sebelum kerja-kerja pembersihan kawasan dijalankan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurut beliau, siasatan di lokasi kejadian telah selesai dijalankan pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) kelmarin.

“Selain CAAM, siasatan juga dilakukan pasukan siasatan forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM), Biro Siasatan Kemalangan Udara dan syarikat pengendali helikopter.

“Kesemua pihak memasuki kawasan berkenaan pada Selasa,” katanya.

Dalam kejadian pada Ahad lalu, operasi mengesan helikopter milik syarikat swasta itu dijalankan selepas gagal dihubungi Pusat Kawalan Trafik Udara Kuala Lumpur (KLATCC) pukul 12.16 tengah hari. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI