fbpx

Allo, Rehda sediakan gentian optik di hartanah baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamed Ghous (kiri) bertukar dokumen MoU kerjasama solusi kesalinghubungan gentian optik bersama Su Guan (kanan) dengan disaksikan Robert di Alor Setar, hari ini.

ALOR SETAR – Anak syarikat milik penuh Tenaga Nasional Berhad (TNB), Allo Technology Sdn. Bhd. (Allo) dan Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (Rehda) Kedah/Perlis menjalankan kerjasama bagi menyediakan gentian optik untuk projek hartanah baharu di Kedah dan Perlis.

Kolaborasi itu terjalin apabila kedua-dua pihak menandatangani memorandum persefahaman (MoU) selama dua tahun itu pada hari ini.

Ia sekali gus bakal melengkapkan projek hartanah baharu terpilih daripada ahli Redha Kedah/Perlis dengan infrastruktur jalur lebar gentian optik Allo.

MoU tersebut ditandatangani oleh Ketua Pegawai Eksekutif Allo, Ir. Mohamed Ghous Ahmad dan Pengerusi Rehda Kedah/Perlis, Yeoh Su Guan dengan disaksikan Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Alam Sekitar, Perpaduan, dan Hal Ehwal Masyarakat Cina dan Siam Kedah, Dr Robert Ling Kui Ee.

Ketua Pegawai Eksekutif Allo, Ir. Mohamed Ghous Ahmad berkata, kerjasama itu memberi peluang kepada ahli-ahli Rehda untuk tampil dengan penawaran jualan unik bagi projek hartanah yang dibangunkan serta meluaskan penawaran solusi kesalinghubungan oleh Allo.

“Pastinya akan memberi nilai tambah kepada projek hartanah yang dilaksanakan ahli-ahli Rehda Kedah/Perlis. Pembeli hartanah tidak perlu lagi menunggu untuk infrastruktur jalur lebar disediakan di kawasan mereka.

“Ini kerana kawasan projek perumahan terpilih itu sudah tersedia dengan infrastruktur jalur lebar,” katanya ketika berucap pada majlis itu di sini hari ini.

Kata beliau, bagi negeri Kedah, Allo melengkapkan lebih 33,000 kediaman di beberapa kawasan termasuk Mergong, Aman Jaya, Kuala Ketil, Sungai Petani dan Kulim.

“Tumpuan kerjasama ini juga membolehkan lebih ramai penduduk memiliki jalur lebar di rumah mereka terutama dalam kalangan keluarga kategori B40 bagi merapatkan jurang digital dalam masyarakat,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI