fbpx

Peluang terbaik tutup mulut pengkritik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
VAN DIJK (kiri) mengakui Liverpool tidak mempunyai pilihan kecuali meraih kemenangan ke atas Ajax untuk menutup segala kecaman yang diterima sebelum ini. – AFP

LIVERPOOL – Tonggak pertahanan Liverpool, Virgil Van Dijk menyeru agar pasukan mempamerkan kebangkitan dalam usaha melakar kemenangan pertama pada kempen Liga Juara-Juara dengan menewaskan Ajax Amsterdam pada aksi awal pagi esok.

Sebagai rekod, skuad The Reds yang merupakan finalis pada edisi musim lalu memulakan aksi dengan langkah sumbang apabila tewas memalukan 1-4 kepada kelab Itali, Napoli pada perlawanan pembukaan Kumpulan A minggu lalu.

Kini, selepas aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) menentang Wolverhampton yang sepatutnya dilangsungkan pada Sabtu lepas ditangguhkan, fokus Liverpool kini terarah dengan pertemuan menentang Ajax di Anfield.

Kata Van Dijk, sekarang adalah masa terbaik untuk menutup mulut pengkritik dengan pemain perlu bersatu hati dan belajar daripada mengulangi kesilapan yang lepas.

“Barisan pemain tahu kualiti yang ada pada pasukan dan sudah tentu sekarang adalah me­dan terbaik untuk kembali berada di landasan sebenar kerana kalau boleh, kami mahu memenangi lima perlawanan peringkat kumpulan nanti.

“Situasi ini boleh dicapai jika kita lupakan kekalahan bertemu Napoli dan berusaha untuk melakar keputusan positif pada aksi bertemu Ajax nanti.

“Ajax sememangya salah satu pasukan yang bagus dalam pentas Eropah dan saya mahu pemain berwaspada dengan ancaman yang boleh diberikan mereka,” kata pemain antarabangsa Belanda itu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI