fbpx

Harimau Malaya bakal hadapi Thailand

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SKUAD negara bakal berdepan Thailand untuk aksi pertama bagi mencari slot ke pentas final Piala Raja pada 22 September ini.

SKUAD Harimau Malaya kenda­lian Kim Pan-gon sah ‘dijodohkan’ dengan pasukan tuan rumah, Thailand pada aksi empat penjuru bagi merebut Piala Raja yang akan berlangsung pada kalendar antarabangsa FIFA minggu depan.

Pada sesi undian yang berlangsung di Bangkok semalam, skuad negara bakal bertemu de­ngan skuad Gajah Perang pada 22 September di Stadium 700th Anniversary, Chiang Mai, manakala Trinidad & Tobago akan menentang Tajikistan di venue dan pada hari yang sama.

Pemenang kedua-dua aksi pembukaan tersebut akan bertemu di pentas final bagi me­rebut trofi Piala Raja, sementara yang tewas bakal bersaing bagi kedudukan ketiga/keempat de­ngan semua perlawanan berlangsung pada 25 September.

Aksi antarabangsa kali ini menjadi pemanas badan pertama buat Pan-gon yang sedang berusaha untuk memantapkan pasukan bagi mengharungi kejohanan Piala AFF 2022 pada Di­sember dan Piala Asia 2023.

Pengendali import dari Korea Selatan itu dijangka menyenaraikan barisan pemain yang akan menyarung jersi kebangsaan selewat-lewatnya pada hujung ming­gu ini dengan sesi latihan pusat berlangsung pada Isnin.

Pan-gon mungkin memberi ruang kepada beberapa muka baharu untuk membuktikan ke­upayaan selain turut mengekalkan watak penting skuad Harimau Malaya yang tampil cemerlang pada kempen kelayakan Piala Asia 2023 di Kuala Lumpur Jun lepas.

Thailand yang dikendalikan oleh Alexandre Polking boleh dianggap sebagai pasukan terbaik Asia Tenggara ketika ini memandangkan status mereka selaku juara Piala AFF 2020 yang dilangsungkan pada Disember lalu.

Namun, Malaysia memiliki peluang cerah untuk mencatat keputusan positif memandang­kan masih belum tewas pada lima pertemuan antarabangsa terakhir dengan Thailand sejak 2018.

Kali terakhir Malaysia menentang Thailand adalah ketika kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Emiriyah Arab Bersatu (UAE) dengan kemenangan 1-0.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI