fbpx

Dua wanita calon utama Perdana Menteri Thailand

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sadarat (kanan) dan Paetongtarn mengetuai dua parti Thailand untuk jawatan Perdana Menteri. -BKK Post, Thai PBS

BANGKOK – Dua pemimpin wanita muncul calon utama Perdana Menteri Thailand dengan tinjauan pendapat menyaksikan sokongan kepada Khunying Sudarat Keyuraphan daripada Parti Thai Sang Thai mengatasi calon Parti Pheu Thai, Paetongtarn Shinawatra, lapor laman berita Thaiger kelmarin. 

Pada perhimpunan agung Thai Sang Thai Jumaat lalu, Sudarat mengumumkan bahawa beliau sudah bersedia untuk menyokong ‘perlembagaan rakyat’ sekiranya terpilih sebagai Perdana Menteri. Parti Thai Sang Thai memilih 50 anggota eksekutif dan 11 timbalan pemimpin dalam perhimpunan sama.

Sudarat berkata demikian selepas dipilih sebagai pemimpin parti berkenaan. Beliau berikrar akan bekerja untuk rakyat dan mencadangkan mewujudkan perlembagaan baharu.

“Kami berazam untuk bekerja keras demi mengubah negara ke arah hala tuju lebih baik. Mulai sekarang, Thai Sang Thai menawarkan diri untuk mencipta kehidupan yang lebih baik kepada semua rakyat Thailand.

“Paling penting, perlembagaan rakyat mesti menetapkan hukuman seberat mungkin terhadap sesiapa sahaja yang cuba membatalkan perlembagaan,” katanya.

Sudarat menjadikan semakan semula undang-undang yang menyekat mata pencarian orang ramai, memerangi rasuah dan meningkatkan pendapatan di Thailand sebagai agenda politiknya.

Beliau berkata, Thailand harus memberi penekanan kepada sektor pelancongan, makanan, kesihatan, logistik dan pengangkutan serantau.

Sementera itu, anak bekas Perdana Menteri Thaksin Shinawatra, Paetongtarn Shinawatra turut memberi ucapan di Chiang Mai dengan mengatakan bahawa Pheu Thai akan menang apabila setiap kali pilihan raya diadakan.

Ketika mengumumkan dirinya sebagai calon rasmi untuk jawatan Perdana Menteri, Paetongtarn menggesa orang ramai untuk mengundi parti diwakilinya dan memilih seramai mungkin Ahli Parlimen daripada kalangan calon Pheu Thai.

Move Forward Party juga telah mengumumkan calonnya dengan Pita Limjaroenra berkata bahawa beliau bersedia untuk mencipta masa depan baharu dan berkhidmat kepada semua rakyat Thailand sebagai Perdana Menteri. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI