fbpx

Kereta Bentley klasik milik Elton John dilelong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Elton merupakan pemilik pertama kereta Bentley Continental R keluaran tahun 1992. – The Sun

LONDON – Sebuah kereta Bentley klasik yang pernah dimiliki oleh penyanyi tersohor Britain, Elton John bakal dilelong minggu ini, lapor akhbar The Sun kelmarin.

Kereta Bentley model Continental R buatan tahun 1992 itu kini dibida pada harga mencecah £22,000 (RM114,798) selepas kurang sehari ditawarkan di laman web lelongan, Car & Classic. 

Continental R adalah lambang kemewahan walaupun mengikut piawaian semasa. Ia memiliki enjin petrol V8 yang besar berkapasiti 6.75 liter dengan kelajuan maksimum 233.4 kilometer sejam.

Kereta itu dibeli oleh Elton pada Ogos 1992 menerusi syarikat pengurusannya, William A Bong Limited dan dia menyimpannya selama empat tahun sehingga November 1996.

Sepucuk surat turut disertakan daripada pemilik selepasnya sebagai bukti bahawa dia membeli kereta itu daripada penyanyi tersebut sendiri.

“Ruang tempat duduk yang direka daripada bahan campuran kulit berwarna kelabu, permaidani dan potongan kayu walnut burr itu masih berada dalam keadaan baik, lapisan tempat duduknya juga empuk untuk keselesaan tinggi dengan kualiti terbaik,” demikian menurut iklan tawaran tersebut.

Bentley Continental R itu berharga sekitar £178,000 (RM928,826) pada tahun 1992, atau kira-kira £351,000 (RM1.8 juta) mengikut pasaran semasa. Bidaan untuk kenderaan itu diteruskan sehingga 13 September ini. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI