fbpx

Mayat warga emas dijumpai terbaring dalam rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mayat mangsa ditemui dalam keadaan terbaring di dalam rumahnya di Taman Telok Mesira, Bachok hari ini. - FOTO/ IHSAN PEMBACA

BACHOK – Mayat seorang lelaki warga emas ditemui dalam keadaan terbaring di dalam rumahnya di Taman Telok Mesira di sini pagi tadi.

Mangsa yang dipercayai berusia dalam lingkungan 60-an dijumpai tidak sedarkan diri oleh jirannya, Jawahir Ab. Rahman, 62, kira-kira pukul 8.30 pagi sebaik pulang dari pasar Kedai Lalat.

Menurut Jawahir, sebelum menjumpai mangsa, dia menyedari pintu rumah lelaki itu berada dalam keadaan tidak ditutup kira-kira pukul 12 tengah malam tadi.

“Saya mengesyaki mangsa menunggu rakan kerana kebiasaannya dia akan menutup pagar dan jeriji pintu rumah apabila pulang.

“Bagaimanapun, difahamkan ada seorang lelaki datang untuk membaik pulih rumahnya kira-kira pukul 8 malam. Lelaki itu dipercayai tidak mengejutkan mangsa yang sedang tidur,” katanya ketika ditemui Kosmo! di rumahnya di sini hari ini.

Menurut Jawahir, dia sempat menjenguk rumah mangsa kira-kira pukul 7 pagi sebelum ke pasar kerana mendapati pintu rumahnya masih terbuka.

Katanya, selepas pulang dari pasar sejam kemudian, dia masuk ke dalam rumah mangsa sebelum mendapati lelaki itu sudah meninggal dunia.

“Saya terus meminta suami, Zulkifli Yaacob, 64, untuk menghubungi polis sebelum memaklumkan kejadian itu kepada jiran-jiran,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Bachok, Superintendan Mohamad Ismail Jamaluddin ketika dihubungi mengesahkan mayat mangsa kini sedang dibedah siasat di Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI