fbpx

KL City mara ke final antara zon Piala AFC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PARA pemain KL City meraikan kejayaan melangkah ke final antara zon Piala AFC selepas menewaskan ATK Mohun Bagan 3-1 di Stadium Salt Lake, Kolkata kelmarin. – AFC

KEKAL tenang menjadi kunci utama kejayaan pasukan Liga Malaysia (Liga M), Kuala Lumpur City (KL City) untuk mara ke pentas final antara zon Piala AFC selepas menewaskan wakil India, ATK Mohun Bagan dengan keputusan 3-1 kelmarin.

Pandangan tersebut disuarakan pengendali KL City, Bojan Hodak selepas menyaksikan anak-anak buahnya mencipta sejarah tersendiri, sekali gus menghampakan pasukan lawan yang bermain di laman sendiri.

“Kita boleh lihat pasukan lawan menguasai sebahagian besar perlawanan dengan beberapa siri serangan dilakukan ke atas kubu kami sepanjang 90 minit perlawanan. Namun, apa yang saya katakan kepada pemain adalah bersabar dan tunggu peluang tiba.

“Situasi itu telah berlaku yang mana pemain lawan agak kepenatan dan membuka ruang buat kami melakukan jaringan. Saya puas hati dengan komitmen yang diberikan oleh pemain dan misi kita untuk mencapai kemena­ngan telah terlaksana,” katanya selepas tamat perlawanan.

Pada aksi di Stadium Salt Lake, Kolkata itu, skuad Warga Kota berjaya meraih gol hasil jaringan Paulo Josue, Fakrul Aiman Sidid dan Romel Morales, manakala tuan rumah mendapatkan gol saguhati menerusi ledakan Mohamad Fardi Molla.

Semntera itu, Josue yang juga kapten pasukan percaya, status bukan pilihan yang diberikan kepada KL City menaikkan sema­ngat pemain untuk terus mencipta kejutan dalam usaha mara ke peringkat final kempen musim ini.

“KL City bukanlah kelab yang besar, tetapi barisan pemain telah menyerahkan seluruh jiwa dan raga untuk pasukan ini. Keputusan yang diraih adalah bukti bahawa tiada apa yang mustahil dalam bola sepak.

“Kami akan terus bermain tanpa sebarang tekanan dan saya percaya situasi itu telah menyuntik semangat pemain untuk mencatat keputusan positif,” kata pemain import dari Brazil itu.

Kemenangan tersebut me­nyaksikan KL City bakal membuat perhitungan dengan wakil Uzbekistan, Sogdiana Jizzakh pada aksi final antara zon Piala AFC yang akan berlangsung pada 5 Oktober depan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI