fbpx

Piala FA: Skrin gergasi seluruh daerah buat penyokong JDT

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

JOHOR BAHRU – Penyokong Johor Darul Ta’zim (JDT) yang tidak berkesempatan menyaksikan perlawanan akhir Piala FA antara Johor Darul Ta’zim (JDT) menentang Terengganu FC di Stadium Nasional Bukit Jalil, Sabtu ini boleh menyaksikan perlawanan itu di skrin gergasi di setiap daerah.

Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia negeri, Mohd. Hairi Mad Shah berkata, orang ramai berpeluang merasai kemeriahan aksi final itu bersama ratusan penonton yang lain.

Katanya, wakil rakyat di beberapa daerah seperti di Pagoh dan Tenang sudah mengambil inisiatif untuk mengadakan program rakyat bersempena dengan perlawanan akhir Piala FA.

“Ini bukanlah pertama kali JDT beraksi di pentas final, jadi ramai wakil rakyat dan komuniti setempat mengambil peluang ini mengadakan tayangan perlawanan akhir ini di skrin gergasi.

“Melihatkan kepada prestasi semasa JDT, Insya-Allah skuad Harimau Selatan boleh menang,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tenang, Haslinda Salleh berkata, pihaknya turut tidak melepaskan peluang mengadakan tayangan gergasi menyaksikan JDT melawan TFC di Dataran Labis.

Katanya, ia bagi memberi kepuasan buat penduduk setempat bagi menonton pasukan kesayangan mereka beraksi di layar gergasi.

“Selain mengadakan aktiviti sokongan dan gerai jualan, kita juga membuat cabutan bertuah berupa pelbagai barangan elektrik termasuk Android TV kepada pengunjung yang hadir pada malam itu,” ujarnya.

Perlawanan akhir Piala FA antara JDT dan TFC yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil akan disiarkan secara langsung pada pukul 9 malam, Sabtu ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI