fbpx
Gambar hiasan.

Suami bercinta dengan janda anak 3, abai isteri sarat mengandung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA – Tergamak seorang suami mengabaikan kasih sayang yang sepatutnya diberikan kepada isteri dan anak-anak malah, sibuk menyulam cinta dengan seorang janda anak tiga.

Kisah ini dikongsikan oleh pengacara dan penyampai radio, Ahmad Fedtri Yahya menerusi ciapannya di laman Twitter.

Tangkap layar yang dimuat naik itu adalah pendedahan daripada seorang pengirim yang bersimpati dengan nasib kakak iparnya apabila diperlakukan sedemikian oleh abangnya.

“Kakak ipar saya tengah mengandung tujuh bulan dan abang saya (suami) pula tengah bercinta dengn seorang janda anak tiga. Nampak hangat sangat siap-siap bertukar hadiah, cuma saya sahaja yang tahu tentang ini.

“Nak cerita pada kakak ipar, saya serba salah sebab dia tengah mengandung dan jaga anak kecil berusia dua tahun. Nak cakap pada adik-beradik pun rasa serba salah takut bergaduh pula,” katanya menerusi kiriman mesej kepada Ahmad Fedtri.

Menurut pengirim tersebut, dia telah lama memendam rahsia tersebut tanpa memberitahu sesiapa sejak tiga bulan lalu.

“Hari-hari saya akan ‘stalk’ Twitter mereka berdua (abang dan janda), hari-hari saya rasa semakim geram dan kesian kepada kakak ipar saya,” ujarnya.

Pengirim itu juga turut meminta pandangan dan batuan daripada Ahmad Fedtri mengenai tindakan sewajarnya yang perlu dia lakukan.

Tambahnya lagi, dia pernah menyoal abangnya mengapa sanggup mempunyai hubungan bersama wanita lain sedangkan sudah mempunyai isteri dan anak.

Jawab abangnya, dia hanya mahu membela nasib anak yatim dan menjaga janda tersebut selain memberi alasan mampu untuk berkahwin dua. – KOSMO! ONLINE

POPULAR