fbpx

Rombongan tadika cemas, ular muncul dalam bas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar kemunculan seekor ular di dalam sebuah bas yang disertai sekumpulan murid tadika dan penjaga.

PETALING JAYA – Baru-baru ini tular rakaman video memaparkan situasi panik yang dilalui sekumpulan rombongan murid tadika bersama penjaga apabila secara tiba-tiba muncul seekor ular di dalam bas mereka.

Menerusi perkongsian Azulia Ibrahim di media sosial, ular yang berukuran kira-kira satu meter panjang tersebut ditemui pada salah sebuah kerusi penumpang bahagian tengah menyebabkan semua murid serta penjaga menjadi kelam kabut.

Kemudian, pemandu bus berkenaan segera menghentikan kenderaan di tepi jalan.

Kesemua penumpang di bahagian depan terus bertindak keluar daripada bas, namun Azulia dan anaknya serta beberapa murid lain yang berada di bahagian belakang terpaksa duduk diam di tempat masing-masing untuk kurangkan pergerakan.

Menurut Azulia, reptilia itu dipercayai sudah berada lama di ruang penyimpanan barang bahagian atas sebelum menyusur ke tempat duduk penumpang.

Bercerita lanjut, dia memaklumkan pemandu bas bertindak mendapatkan bantuan penduduk kampung sekitar dan ular tersebut berjaya dikeluarkan selepas 15 minit.

Sehubungan itu, Azulia turut mengingatkan pihak penyedia pengangkutan awam agar sentiasa membuat pemeriksaan kenderaan sebelum membawa penumpang.

“Saya nasihatkan pihak penyedia pengangkutan awam untuk sentiasa periksa keadaan kenderaan dan pemandu juga perlu mempunyai pengetahuan atau kemahiran asas bagi menangani kejadian seumpama ini,” pesannya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI