fbpx

Jerman umum pakej bantuan rakyat bernilai RM291 bilion

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Scholz yakin negara itu mampu melalui musim sejuk dengan baik dan tanpa sebarang krisis. - ING Bank

BERLIN – Kerajaan Jerman bersetuju untuk meluluskan pakej bantuan bernilai AS$65 bilion (RM291 bilion) bagi meredakan kadar inflasi yang semakin tinggi di negara itu, lapor laman berita Wion News kelmarin.

Ia merupakan pakej bantuan ketiga yang akan diagihkan oleh kerajaan,menjadikan jumlah keseluruhan setakat ini adalah AS$95 bilion (RM426 bilion).

Pakej tersebut akan membantu mengurangkan tekanan kewangan isi rumah berikutan penamatan bekalan gas Russia secara kekal.

Ia termasuk pelepasan cukai bagi syarikat intensif tenaga dan bayaran pengangkutan awam yang lebih murah untuk rakyat.

Selain itu, pembayaran sekali bayar atau ‘one-off’ sebanyak AS$300 (RM1,346) akan diberikan kepada berjuta-juta pesara untuk berdepan masalah bil elektrik yang melambung tinggi.

Golongan pelajar turut menerima bantuan serupa sebanyak AS$200 (RM897).

Mereka yang menerima faedah perumahan juga akan menerima sejenis bantuan kewangan untuk kos pemanasan yang semakin meningkat.

Canselor Jerman, Olaf Scholz berkata, kerajaannya telah membuat keputusan tepat pada masanya dan meluahkan keyakinan rakyat akan menempuh musim sejuk dengan keadaan lebih baik.

Sehari sebelum penutupan saluran paip gas Nord Stream 1, Scholz menegaskan negaranya bersedia untuk menangani ancaman gas Russia.

“Jerman berada dalam kedudukan yang lebih baik dari segi keselamatan bekalan daripada yang dijangkakan beberapa bulan lalu. 

“Kita boleh menangani dengan baik ancaman yang diterima dari Russia yang menggunakan bekalan gas sebagai sebahagian daripada strateginya dalam perang menentang Ukraine,” kata Scholz. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI