fbpx

Budak empat tahun bawa senjata berisi peluru hidup ke sekolah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PENUNJUK perasaan menyertai bantahan terhadap kawalan senjata api di luar Mahkamah Agung AS pada 2 Disember 2019. – AFP

AUSTIN, TEXAS – Seorang kanak-kanak berusia empat tahun di Texas didapati membawa senjata berisi peluru ke sekolah, lapor laman berita Wion News semalam.

Dalam kejadian di Texas, seorang kakitangan sekolah yang sebelum ini bekerja sebagai anggota polis meminta bantuan untuk menasihati murid berusia empat tahun itu kerana memiliki pistol berpeluru di kawasan sekolah, demikian menurut polis. Senjata itu kemudian dirampas oleh polis.

Bapanya yang berusia 30 tahun ditahan serta didakwa kerana meninggalkan dan membahayakan seorang kanak-kanak dengan memberikannya senjata.

Dalam kes lain, senjata penuh peluru dan pistol tidak berpeluru ditemui di dalam beg galas milik seorang pelajar berusia tujuh tahun pada Isnin lalu di sebuah sekolah di bandar Cochiase, Arizona, demikian menurut pejabat sherif. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI