fbpx

2,340 kes Covid-19, 7 kematian dilaporkan semalam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Kes baharu Covid-19 mencatatkan peningkatan kepada 2,340 kes semalam dengan dua kes import berbanding 2,144 kes kelmarin yang sekaligus menjadikan jumlah kumulatif jangkitan virus tersebut di Malaysia sebanyak 4,744,543.

Berdasarkan data pada laman web CovidNow, sebanyak 2,503 kes sembuh turut direkodkan dengan jumlah keseluruhan pulih daripada Covid-19 seramai 4,715,417 orang.

Jumlah kes aktif bagaimanapun merekodkan negatif 168 yang menjadikan jumlah kumulatif kes aktif setakat ini sebanyak 30,991 kes.

“Kuala Lumpur mencatatkan jumlah kes harian tertinggi dengan 537 kes diikuti Selangor (492), Perak (260), Sabah (223), Negeri Sembilan (114), Pulau Pinang (110), Melaka (101), Sarawak (98), Kelantan (83), dan Johor (76).

“Turut menyumbang kepada jumlah kes harian semalam adalah Pahang (74), Kedah (72), Putrajaya (43), Terengganu (36), Perlis (16), Labuan (lima),” demikian data yang dikongsikan laman web tersebut hari ini.

Dalam perkembangan sama, sebanyak tujuh kematian dilaporkan dengan satu kes meninggal dunia di luar hospital atau brought in dead (BID) seterusnya menjadikan jumlah kematian sebanyak 36,216 dan BID 7,696

Sebanyak 29,604 kes dikuarantin di rumah, 17 kes di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), 1,301 kes di hospital, 27 kes di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa bantuan pernafasan dan 42 kes di ICU dengan bantuan pernafasan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI