fbpx

Insentif kepada penjawat awam manifestasi penghargaan kerajaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Adnan.

PUTRAJAYA – Enam insentif baharu diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kepada penjawat awam disifatkan sebagai manifestasi penghargaan kerajaan kepada golongan itu yang menjadi barisan hadapan dalam meletakkan negara pada landasan kukuh .

Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja di Dalam Perkhidmatan Awam Malaysia (Cuepacs) , Datuk Adnan Mat berkata, insentif diumumkan kerajaan juga dilihat memberi kelegaan kepada penjawat awam yang turut terkesan dengan kenaikan kos sara hidup ketika ini.

“Cuepacs memahami bahawa kerajaan mempunyai kekangan daripada sudut kewangan, namun tetap mendengaar dan memberi terbaik kepada penjawat awam demi menghargai sumbangan dicurahkan mereka selama ini.

“Sebagai contoh, pemberian Bantuan Khas Kewangan 2023 berjumlah RM700 kepada anggota Gred 56 ke bawah serta kenaikan gaji tahunan tambahan khas sebanyak RM100 dapat meringankan beban penjawat awam,” katanya dalam satu kenyataan di sini tadi.

Adnan berkata, insentif itu termasuk penambahbaikan pemberian pergerakan gaji tahunan kepada penjawat awam mencapai gaji maksimum adalah satu penghargaan yang wajar diberikan serta tidak boleh dipertikai pihak lain.

Dalam perkembangan sama, Adnan turut menghargai komitmen kerajaan untuk menyegerakan kajian ke atas Sistem Saraan Perkhidmatan Awam dengan mengambil kira keseluruhan aspek modal insan merangkumi saraan dan perkhidmatan.

“Hal ini wajar dipercepatkan memandangkan sistem saraan sedia ada yang digunakan ketika ini telah dilaksanakan sejak tahun 2002 dan tidak lagi sesuai dengan suasana persekitaran ekonomi serta kos sara hidup semasa.

“Perkara utama perlu diberikan perhatian dalam sistem saraan baharu ini adalah meningkatkan gaji minimum penjawat awam kepada RM1,800 sebulan seperti yang dituntut oleh Cuepacs,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI