fbpx

NASA tangguh hantar roket ke Bulan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Roket Artemis I berada di tapak pelancaran di Pusat Angkasa Kennedy di Cape Canaveral, Florida hari ini. - AFP

PUSAT ANGKASA LEPAS KENNEDY, Florida – Pelancaran roket baharu milik Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) dalam misi menuju ke Bulan ditangguhkan hari ini.

Perkembangan itu mengecewakan ramai orang termasuk Naib Presiden, Kamala Harris dan suaminya, Douglas Emhoff yang berkumpul untuk menyaksikan pelancaran hebat tersebut.

Pelancaran pada hari ini juga merupakan penerbangan sulung Sistem Pelancaran Angkasa yang merupakan roket setinggi 322 kaki dan digunakan untuk membawa angkasawan ke Bulan dalam masa beberapa tahun akan datang. 

NASA memiliki peluang tambahan untuk melancarkan roket dalam misi dinamakan Artemis 1 itu pada hujung minggu ini.

Bagaimanapun, ia bergantung sama ada masa yang ada mencukupi untuk mengenal pasti dan membaiki masalah tersebut.

Terdahulu, roket paling berkuasa milik NASA itu bersiap sedia berlepas untuk penerbangan sulung dalam misi membawa manusia kembali ke Bulan dan seterusnya meneroka Planet Marikh.

50 tahun selepas misi Apollo yang terakhir, misi Artemis 1 dijadual dilancarkan pada pukul 8.33 pagi (8.33 malam waktu Malaysia). – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI