fbpx

Mayat pemandu grab dengan kaki terikat dalam but kereta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki dipercayai pemandu grab dijumpai mati dengan kaki diikat dengan kain serta cedera pada bahagian muka dan telinga di dalam but kereta di Jalan Tugu, di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6.30 pagi, dua anggota Unit Kereta Peronda Polis (MPV) dari Ibu Pejabat Polis (IPD) Dang Wangi telah mengesan sebuah kereta Perodua Bezza di bulatan Hishammuddin, berhampiran Bank Negara, di sini yang dipandu dalam keadaan mencurigakan.

MPV tersebut segera mengejar kereta berkenaan sebelum pemandunya memberhentikan kereta di tepi jalan berhampiran Bangunan Majlis Perubatan Malaysia, Jalan Tugu, di sini.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azmi Abu Kassim berkata, empat penumpang termasuk seorang wanita kemudian melarikan diri ke arah landasan Keretapi Tanah Melayu (KTM) di Jalan Tugu.

“Hasil pemeriksaan pihak polis dalam kereta itu menemui mayat seorang lelaki dengan kakinya diikat dengan kain manakala muka dan telinganya berdarah.

“Mangsa merupakan seorang lelaki tempatan dipercayai berusia dalam lingkungan 50-an,” ujarnya ketika dihubungi hari ini.

Menurutnya, hasil siasatan awal mendapati kereta berkenaan disyaki digunakan khidmat e-hailing Grab Car dan didaftarkan atas nama seorang lelaki yang beralamat di Bandar Putra Permai, Seri Kembangan, Selangor.

Jelas beliau, susulan kejadian itu, pihak polis memberkas tujuh individu warga asing sekitar pukul 4.30 petang hari ini.

“Empat daripada mereka berkemungkinan positif terbabit dalam kes penemuan mayat mangsa,” ujarnya.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan atas kesalahan bunuh. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI