fbpx

Dijemput ajal dalam perjalanan bercuti ke Terengganu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Ali (tengah) ditenangkan oleh ahli keluarga dan rakannya selepas melakukan pengecaman mayat di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas), Temerloh kelmarin.

TEMERLOH – Tiga sekeluarga yang maut dalam nahas melibatkan empat buah kenderaan di Kilometer 135.7, Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) 1 di sini kelmarin, sedang dalam perjalanan untuk bercuti ke Terengganu.

Mangsa yang meninggal dunia ialah Kamariah Hamzah, 72, dan suaminya, Mohamad Samsudin, 75, serta cucu mereka Muhammad Danial Danish, 12.

Bapa Muhammad Danial Danish, Mohd. Ali Mohd. Amin, 45, berkata, dia berada di Felda New Zealand, Maran ketika dimaklumkan mengenai kejadian yang menimpa anaknya.

“Saya tahu isteri dan dua anak ke Kuala Terengganu untuk bercuti selain membawa ibu bapa mentua bersiar-siar.

“Saya tidak mengikut rombongan itu kerana bekerja malam (sebelum kejadian) dan perlu pulang ke kampung untuk menghadiri kenduri,” katanya ketika ditemui di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas) di sini kelmarin.

Difahamkan, isteri Mohd. Ali iaitu Azrinawati Mohamad, 42, dan anak keduanya, Muhammad Danial Darwish yang merupakan penumpang kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Proton Exora dilaporkan kritikal.

Mohd. Ali memberitahu, isterinya akan menjalani pembedahan di muka, manakala anaknya pula akan dirujuk kepada pakar di Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan.

Sementara itu, cucu Kamariah, Muhammad Danial Haziq Erwandi, 20, memberitahu, dia bagaikan tidak percaya apabila mendapat tahu neneknya terlibat dalam nahas di LPT 1.

Kemalangan membabitkan empat buah kenderaan yang meragut empat nyawa di Temerloh, Pahang kelmarin.

“Saya segera menghubungi nenek, namun panggilan telefon dijawab individu lain. Saya memang rapat kerana tinggal dengan mereka sejak kecil.

“Saya berasa terkilan kerana tidak sempat bersalaman sebelum mereka bertolak ke Kuala Terengganu sebab tiada di rumah,” katanya.

Kosmo! semalam melaporkan empat termasuk tiga sekeluarga maut dalam nahas melibatkan empat buah kenderaan di Kilometer 135.7, Lebuh Raya Pantai Timur 1 menghala ke Kuantan semalam.\

Berita berkaitan: Suami tergesa-gesa keluar rumah sebelum dirempuh lori

Berita berkaitan: Empat maut kemalangan empat buah kenderaan

Nahas pada pukul 3.10 pagi itu membabitkan sebuah lori kontena, trak tunda, MPV Proton Exora dan Proton Waja.

Arwah pemandu trak tunda, Mohd. Azuan Zainal Abidin (belakang, kanan) antara empat mangsa kemalangan maut membabitkan empat buah kenderaan kelmarin.

Selain itu, 11 lagi mangsa ce­dera masing-masing tujuh penumpang Proton Exora dan empat lagi merupakakn pemandu serta penumpang Proton Wira.

Kemalangan berlaku apabila lori kontena tersebut hilang kawalan dan merempuh trak tunda yang sedang menunda Proton Exora yang rosak termasuk Proton Waja yang berada di lorong kecemasan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI