fbpx

[VIDEO] Ular sawa 90 kg telan anak lembu baru lahir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ular sawa yang ditangkap APM selepas menelan seekor anak lembu baru lahir di Kampung Tapah, Hulu Terengganu hari ini.

HULU TERENGGANU – Seorang pengusaha lembu terkejut apabila mendapati anak lembu ternakannya yang baru dilahirkan beberapa hari lalu dimakan seekor ular sawa di Kampung Tapah di sini hari ini.

Dalam kejadian pada pukul 9.16 pagi itu, ular sawa yang seberat 90 kilogram telah menelan anak lembu tersebut di kawasan kandang sebelum keluar menuju ke kawasan semak-samun berhampiran.

Pegawai Pertahanan Awam Hulu Terengganu, Mohd. Zabri Abd. Razak berkata, sepasukan anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima maklumat tentang kejadian tersebut tidak lama kemudian.

“Pencarian menjumpai ular sawa sepanjang 20 meter berkenaan di kawasan semak berhampiran.

“Usaha untuk menangkap haiwan reptilia berkenaan mengambil masa hampir sejam,” katanya di sini hari ini.

Mohd. Zabri berkata, ular sawa kekenyangan tersebut berjaya dijinakkan dengan menggunakan peralatan menjerut.

Tambah beliau, haiwan reptilia berkenaan akan diserahkan ke Jabatan Perlindungan Haiwan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) untuk tindakan lanjut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI