fbpx

Syoknya Aeril Zafrel ‘kenduri bola’ di Manchester

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AERIL teruja pertama kali menyaksikan perlawanan bola di Stadium Old Trafford.

BUKAN semua berpeluang menyaksikan perlawanan bola sepak antarabangsa di luar negara, namun rezeki tersebut berjaya dimiliki pelakon Aeril Zafrel baru-baru ini.
Aeril baru-baru ini menerusi video yang dimuat naik dalam media sosial berkongsi pengalamannya menyaksikan perlawanan bola sepak antara pasukan Manchester United (MU) dengan Liverpool di Stadium Old Trafford, Manchester, United Kingdom.

Satu hal yang menarik perhatian ramai ialah dia menggunakan lagu Selamat Pengantin Baru nyanyian Wann sebagai muzik latar video tersebut.

“Semalam (23 Ogos) Liverpool kena kenduri, jadi sesuailah lagu ini. Betul tak?” seloroh pelakon filem Sabda Cinta itu.

Tindakannya menggunakan lagu tersebut seterusnya mengundang tawa ramai, malah ada yang berseloroh kehadiran Aeril ke sana merupakan salah satu sebab pasukan tersebut meraih kemenangan.

“Inilah punca kemenangan MU!” komen netizen.

“Seronoknya datang kenduri di Manchester, lain macam,” gurau seorang pengguna Tiktok.

Video tersebut meraih dua juta tontonan dan lebih 300,000 tanda suka.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI