fbpx

Raja Salman titah pelaburan AS$1 bilion untuk Pakistan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Arab Saudi dan sekutu-sekutu lain telah menjanjikan bantuan kepada Pakistan yang berada dalam kegawatan politik dan ekonomi. - AFP

RIYADH– Pemerintah Arab Saudi, Raja Salman Bin Abdulaziz mengeluarkan dekri supaya pelaburan berjumlah AS$1 bilion (RM4.48 bilion) dihulurkan untuk Pakistan sebagai pengesahan sokongan Riyadh terhadap negara berkenaan dan rakyatnya, lapor akhbar laman berita Arab News kelmarin.

Perintah itu dibuat semasa panggilan telefon antara Menteri Luar Arab Saudi, Putera Faisal Farhan Al Saud dan rakan sejawatnya dari Pakistan, Bilawal Bhutto Zardari.

Isu serantau dan antarabangsa yang mempunyai kepentingan bersama turut dibincangkan semasa panggilan itu.

Bhutto Zardari berkata di laman Twitter bahawa beliau mengalu-alukan pelaburan Arab Saudi di Pakistan. 

Beliau turut memberi taklimat kepada rakan sejawatnya mengenai kerosakan dan kemusnahan yang berlaku akibat banjir kilat yang tidak pernah berlaku sebelum ini di negaranya.

Menteri Luar Pakistan itu menambah bahawa beliau sangat menghargai solidariti yang dizahirkan oleh Arab Saudi dan semua bantuan yang mungkin diberikan oleh kerajaan negara itu. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI