fbpx

Perancis marah Britain buang kumbahan mentah ke laut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kumbahan itu boleh merosakkan perairan di pantai Perancis dan membahayakan biodiversiti marin, perikanan dan penternakan kerang. - Denis Charlet/AFP/Getty Images

LONDON – Tiga Ahli Parlimen Eropah mendakwa bahawa tindakan membenarkan sisa kumbahan tidak dirawat dibuang ke dalam Laut Utara dan Selat Inggeris oleh Britain membahayakan kesihatan dan hidupan marin di sepanjang pantai Perancis, lapor laman berita Wion News kelmarin. 

Berikutan air kumbahan melimpah ke sungai dan laut semasa hujan lebat, amaran pencemaran telah dikeluarkan untuk lebih 50 pantai di England dan Wales.

Anggota-anggota Parlimen Perancis itu mendakwa bahawa Britain telah mengabaikan kewajipan alam sekitar dan meletakkan perikanan serta hidupan marin dalam risiko.

Firma-firma air Britain menyatakan bahawa mereka sedang membelanjakan wang untuk mencari penyelesaian kepada masalah tersebut.

Dalam sepucuk surat, ahli-ahli parlimen itu meminta Suruhanjaya Eropah mengambil tindakan undang-undang atau politik kerana Britain telah mengabaikan kewajipan alam sekitar sejak meninggalkan Kesatuan Eropah (EU).

“Dakwaan mereka tidak benar,” demikian menurut jurucakap kerajaan Britain.

Britain masih menjadi penandatangan konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dalam melindungi laluan air, kata ahli parlimen berkenaan, walaupun London tidak lagi tertakluk di bawah kepada undang-undang PBB tersebut.

Ketiga-tiga ahli Parlimen itu adalah daripada parti En Marche yang disokong oleh Presiden Emmanuel Macron dan pro-PBB. Pengerusi Jawatankuasa Perikanan Parlimen Eropah, Pierre Karleskind adalah salah seorang daripada mereka.

Karleskind berkata, Britain tidak boleh dibenarkan untuk mengabaikan kewajipannya di bawah terma Brexit dengan menjejaskan 20 tahun kemajuan standard kualiti air di Eropah.

Mereka memberi amaran bahawa kebocoran kumbahan jangka pendek boleh membahayakan aktiviti memancing, penternakan tiram dan perairan untuk mandi di sekitar pantai Perancis. Ia juga boleh memberi kesan negatif terhadap biodiversiti marin. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI