fbpx

Joe Biden mansuh hutang pengajian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penyokong pelepasan hutang pinjaman pelajar berhimpun di luar White House pada April 2022. - Getty Images

WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden akan melunaskan sehingga  AS$10,000 (RM44,785) pinjaman pendidikan kerajaan Persekutuan kepada rakyat negara itu yang berpendapatan kurang daripada AS$125,000 (RM559,912) setahun.

Menurut laporan Badan Penyiaran British (BBC), Biden juga bersetuju memansuhkan hutang sebanyak AS$20,000 (RM89,270) untuk pelajar di bawah Geran Pells yang terpakai kepada golongan yang paling memerlukan bantuan kewangan.

“Orang ramai akhirnya boleh merangkak keluar dari timbunan ‘gunung hutang’ itu,” kata Biden.

Dianggarkan 43 juta rakyat AS berhutang dengan jumlah keseluruhan sebanyak AS$1.6 trilion (RM7.1 trilion) dalam hutang pelajar Persekutuan. Hampir satu perlima daripadanya berhutang kurang daripada AS$10,000 (RM44,785).

Biden berkata, pelan tersebut akan memberi lebih banyak ‘ruang bernafas’ kepada keluarga pekerja dan kelas pertengahan.

“Bebanan amat berat sehinggakan jika anda tamat pengajian, anda mungkin tidak mempunyai akses kepada kehidupan kelas pertengahan yang sepatutnya boleh dicapai menggunakan ijazah kolej.

“Kira-kira satu pertiga daripada peminjam mempunyai hutang pelajar tetapi tiada ijazah dan itu perkara paling teruk di dunia,” luah Biden.

Pengumuman itu menyusul selepas lebih setahun perdebatan dalaman White House berlangsung dengan sengit serta tekanan yang semakin meningkat daripada parti Demokrat. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI