fbpx

Didik pekerja gig, pelabur kripto bayar zakat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Sabirin (dua kanan) dan Abdul Aziz (tiga kanan) pada majlis pelancaran Modul Pendidikan Zakat Selangor, hari ini.

SHAH ALAM – Lembaga Zakat Selangor (LZS) mendekati golongan pekerja ekonomi gig dan pelabur wang kripto bagi memberikan pendedahan pembayaran zakat pendapatan.

Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Zakat Selangor (LZS), Mohd.Sabirin Mohd. Sarbini berkata, kempen-kempen dakwah diteruskan terutama tanggungjawab apabila telah mampu mengikut syarat-syarat ditetapkan agama Islam.

“Pembayaran zakat itu boleh dilakukan mengikut pemotongan pendapatan dan kaedah pengiraan dengan mata wang kripto tersebut.

“Ini adalah inisiatif pihak LZS dalam menggalakkan orang ramai untuk turut sama membayar zakat pendapatan mereka,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran Modul Pendidikan Zakat Selangor.

Pelancarannya disempurnakan Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof.

Dalam pada itu, Mohd. Sabirin menegaskan usaha menyebar pendidikan zakat telah dilakukan di kalangan pelajar sekolah rendah dan menengah di bawah di bawah seliaan Jabatan Agama Islam Selangor.

“Modul pendidikan itu telah digunapakai kepada 268,412 murid dan pelajar bagi sesi pembelajaran mereka.

“Ini melibatkan peruntukan wang zakat sebanyak RM284,000 bagi mencetak buku modul untuk kegunaan pelajar di 553 buah sekolah rendah, menengah dan KAFA seluruh negeri ini,” katanya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI