fbpx

Mahkamah: Pemuda dikejar polis didenda RM2,000 kerana pandu bahaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhammad Nabil didenda RM2,000 kerana memandu secara berbahaya di Mahkamah Majistret Sungai Petani, hari ini.

SUNGAI PETANI – Seorang pemuda didenda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan memandu kenderaan pelbagai guna (MPV) secara berbahaya dalam cubaan meloloskan diri daripada polis pada minggu lalu.

Majistret, M. Kalaiarasi menjatuhi hukuman itu terhadap Muhammad Nabil Fikri Azman, 23, selepas tertuduh mengaku bersalah atas pertuduhan tersebut.

Mengikut kertas pertuduhan, lelaki itu didakwa memandu kenderaan secara gopoh atau cuai sehingga mungkin menyebabkan kecederaan atau bencana kepada orang lain.

Perbuatan itu dilakukan di lampu isyarat Bandar Laguna Merbok di sini kira-kira pukul 11.45 pagi, 15 Ogos lalu.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 279 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara enam bulan atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya sekali. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI