fbpx

Sewa gerai mahal: MPM ambil kira harga asal sewa gerai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pasar Awam Sitiawan di Jalan Senawi, Sitiawan hari ini.

MANJUNG – Majlis Perbandaran Manjung (MPM) menegaskan keputusan menaikkan kadar sewa gerai berkunci di Pasar Awam Sitiawan dari RM40 kepada RM160 dilakukan setelah mengambil kira harga asal sewa iaitu RM80 sebelum 2012.

Yang Dipertua MPM, Syamsul Hazeman Salleh berkata, sebelum 2012, sewa gerai berkunci di Pasar Awam Sitiawan adalah sebanyak RM80 yang kemudiannya diturunkan kepada RM40.

“Pada tahun ini, pihak MPM mengambil kira harga sewaan asal iaitu RM80 dan dinaikkan kepada RM160 sebulan. Kadar yang dinaikkan telah dikaji dengan sebaiknya untuk tidak membebankan mana-mana pihak,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas laporan media mengenai rayuan peniaga agar mengurangkan kadar sewa gerai di Pasar Awam Sitiawan yang dinaikkan kepada RM160 dari RM40.

Mengulas lanjut, Syamsul Hazeman berkata, bagi sewa RM160 iaitu gerai berkunci, peniaga hanya membayar RM5.30 sehari bagi tempoh 30 hari berniaga.

Bagi meja ayam dan daging pula, kadar sewa dikenakan adalah RM80 bagi tempoh perniagaan sama, dengan bayaran sebanyak RM2.60 sehari.

“MPM telah menanggung kos yang banyak untuk penyelenggaraan dan pembersihan pasar. Sebanyak RM410,00 telah diperuntukkan untuk pelbagai kerja-kerja penambahbaikan pasar, penurapan jalan, pembaikan lampu dan pelbagai lagi.

“Selain itu, pelbagai faedah telah mereka perolehi sepanjang dibenarkan berniaga di pasar tersebut,” katanya.

Syamsul Hazeman berkata, semua peniaga dibenarkan berniaga di pasar tersebut sepanjang tempoh pandemik, dengan MPM menyediakan pelbagai kelengkapan.

“Ia temasuklah dari aspek keselamatan dan pembersihan seperti kawalan perimeter pasar, kerja-kerja sanitasi yang dijalankan setiap hari tanpa gagal dan pembersihan rutin.

“Walaupun kos-kos itu menekan pihak MPM tetapi ini adalah tanggungjawab kami. Oleh itu kadar kenaikan sewa adalah wajar kerana kos-kos yang terlibat juga semakin meningkat dan harga barang turut semakin meningkat,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI