fbpx

Saya tidak akan lupakan jasa Najib – Ahmad Maslan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad.

PETALING JAYA – “Beliau anak Perdana Menteri, namun telah melantik saya, anak penoreh getah sebagai Timbalan Menteri sebelum ini .”

Begitulah status ringkas dari Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan hari ini selepas keputusan Mahkamah Persekutuan yang tetap menjatuhkan hukuman kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Jelas Ahmad, dia tidak sesekali akan melupakan jasa yang telah dicurahkan oleh Ahli Parlimen Pekan itu yang telah melantiknya sebagai Timbalan Menteri Kewangan pada 2013 sehingga 2015.

“Tidak akan saya lupa.

“Kes ini akan terus diulas. Rakyat juga sedang menghakimi. Diharap beliau dan keluarga terus tabah,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI