fbpx

Meerqeen ‘kunyah’ lirik buat peminat terhibur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
VIDEO TikTok Meerqeen menyanyikan lagu Diet Mountain Dew dengan lirik 'berterabur' mencuit hati peminatnya yang terhibur.

NAMA Meerqeen ketika ini seperti menjadi satu fenomena dalam media sosial.

Bukan hanya di Malaysia tetapi juga di Indonesia, ternyata drama Melur Untuk Firdaus berjaya meledakkan namanya.

Terbaharu, video pelakon itu menyanyikan lagu milik Lana Del Ray berjudul Diet Mountain Dew ‘menggeletek’ hati peminatnya.

Bukan kerana aksi kelakar tetapi disebabkan dia tidak menghafal lirik dan mulutnya terkumat-kamit menyanyikan lagu tersebut dengan muka bersahaja.

Lebih lucu, ada yang mengatakan Meerqeen seperti mengunyah lirik lagu tersebut.

“Kunyah lirik ke Meerqeen? Tak mengapalah, nyanyilah apa sahaja pun,” komen peminatnya.

“Kunyah lirik pun tetap kacak,” puji seorang lagi peminat.

Difahamkan, video Meerqeen video merupakan parodi untuk video milik Anna Jobling yang turut menyanyikan lagu sama sebelum itu.

Walaupun hanya aksi ‘kunyah lirik’, video tersebut mendapat dua juta tontonan dan lebih 200,000 tanda suka.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI