fbpx

Gunung Kilimanjaro ada capaian internet berkelajuan tinggi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kemudahan internet bagi membolehkan pendaki memuat naik foto mereka di puncak gunung serta-merta. - CNN

DODOMA, Tanzania – Kerajaan Tanzania telah menyediakan perkhidmatan capaian internet berkelajuan tinggi di  Gunung Kilimanjaro untuk kemudahan para pendaki, lapor portal berita MailOnline kelmarin.

Ia dilakukan supaya pendaki dapat berkongsi swafoto ketika berada di puncak gunung tertinggi di Benua Afrika itu dan serta-merta memuat naiknya di laman sosial seperti Instagram bagi tontonan pengikut mereka.

Perbadanan Telekomunikasi Tanzania milik kerajaan menubuhkan rangkaian jalur lebar berkenaan  Selasa lalu pada ketinggian 3,720 meter dengan Menteri Penerangan, Nape Nnauye menyifatkan acara itu sebagai peristiwa bersejarah.

“Situasi sebelum ini mengundang bahaya dan risiko tinggi kepada pendaki serta penduduk tempatan yang menjalankan aktiviti mendaki gunung tanpa kemudahan internet.

“Semua pelawat akan mendapat sambungan internet hingga ke puncak gunung ini,’ katanya di Pondok Horombo yang merupakan  salah satu kem dalam perjalanan ke puncak Kilimanjaro.

Beliau berkata,  puncak setinggi 5,895 meter itu akan mempunyai sambungan internet menjelang akhir tahun ini.

Tahun lalu, kerajaan Tanzania mengumumkan rancangan untuk membina kereta kabel di sebelah selatan Kilimanjaro yang mendapat bantahan dalam kalangan  pendaki, syarikat ekspedisi dan pencinta alam sekitar.

Gunung Kilimanjaro merupakan sumber pelancongan yang penting di Tanzania dan negara jirannya, Kenya. Sekitar  35,000 orang cuba untuk menakluki puncaknya pada setiap tahun dengan purata sepuluh orang mati ketika mencubanya. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

RSS Error: A feed could not be found at `https://www.relevan.com.my/feed`. This does not appear to be a valid RSS or Atom feed.