fbpx

Korban letupan di masjid Kabul meningkat 21 orang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PEMANDANGAN Kabul dirakam dari puncak sebuah bukit pada 26 Februari lalu. - AFP

KABUL – Satu letupan yang memusnahkan sebuah masjid dipenuhi jemaah di ibu negara Afghanistan, Kabul, membunuh sekurang-kurangnya 21 orang dan mencederakan lebih 24 yang lain, kata polis hari ini.

Jumlah pengeboman di seluruh Afghanistan menurun sejak kumpulan Taliban kembali berkuasa tetapi beberapa serangan yang kebanyakannya menyasarkan komuniti minoriti telah menggemparkan negara itu dalam tempoh beberapa bulan lalu termasuk serangan yang didakwa oleh dilakukan oleh kumpulan militan Daesh.

Belum ada kumpulan mengaku bertanggungjawab berhubung pengeboman tersebut yang berlaku malam semalam.

“Letupan itu berpunca daripada bahan letupan yang diletakkan di dalam masjid,” kata jurucakap polis Kabul,  Khalid Zadran kepada AFP hari ini.

Beliau berkata, seramai 21 orang terbunuh dan 33 yang lain cedera.

Pertubuhan bukan kerajaan yang mengendalikan sebuah hospital di Kabul, Itali Emergency  berkata, pihaknya menerima  27 mangsa letupan itu  termasuk tiga kematian malam semalam.

“Kebanyakan pesakit mengalami kecederaan kulit dan melecur,” kata Itali Emergency melalui e-mel.

Dalam satu kenyataan di laman Twitter tidak lama  kemudian, pihak hospital sama berkata,  lima kanak-kanak adalah antara mereka yang dirawat, termasuk seorang kanak-kanak berusia tujuh tahun.

Letupan semalam  berlaku hampir seminggu selepas serangan bunuh diri  mengorbankan ulama terkemuka Taliban, Rahimullah Haqqani  yang terbunuh bersama saudara lelakinya di madrasah mangsa di Kabul.

Haqqani terkenal dengan ucapan mengecam Daesh. Kumpulan militan tersebut kemudian mengaku bertanggungjawab melancarkan serangan itu.

Kumpulan Daesh di Afghanistan sering menyasarkan masyarakat minoriti seperti Syiah, Sufi dan Sikh.

Walaupun Daesh adalah kumpulan Islam Sunni seperti Taliban, kedua-duanya merupakan seteru dan sangat bercanggah atas dasar ideologi. – AFP 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI