fbpx

59 calon STPM Pahang dapat PNGK 4.0

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ABDUL RAHIM MOHD YUNUS (kiri) melihat keputusan peperiksaan tiga pelajar SMK (LKTP) Tersang di sini yang mendapat PNGK 4.0 di SMK (LKTP) Tersang di Raub hari ini.

RAUB – Seramai 59 calon Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2021 di Pahang berjaya mendapat keputusan Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) 4.0 yang menyaksikan peningkatan sebanyak 0.68 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Timbalan Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Pahang, Abdul Rahim Mohd Yunus berkata, daripada jumlah itu lapan calon adalah daripada aliran sains manakala 51 calon merupakan pelajar aliran sastera.

“SMK Padang Saujana Jerantut muncul sebagai sekolah yang melahirkan calon mendapat PNGK 4.0 paling ramai iaitu seramai tujuh orang.

“SMK (LKTP) Tersang, Raub mengungguli prestasi cemerlang STPM dengan Gred Purata Sekolah (GPS) 3.52 mata manakala SMK Dong, Raub pula muncul sebagai sekolah paling cemerlang dari segi pencapaian 4P dengan 55 daripada 56 calonnya berjaya memperoleh 4P,”katanya dalam sidang akhbar pengumuman keputusan STPM 2021 Sekolah-sekolah negeri Pahang di SMK (LKTP) Tersang di sini hari ini.

Menurutnya seramai 2,054 daripada 2,101 pelajar yang menduduki peperiksaan STPM 2021 mendapat kelulusan penuh iaitu mendapat sekurang-kurangnya satu mata pelajaran penuh.

Beliau memberitahu, daripada jumlah itu seramai lapan calon lulus penuh lima mata pelajaran manakala 1,644 calon lulus penuh empat mata pelajaran.

Dalam pada itu katanya Gred Purata Sekolah (GPS) negeri Pahang bagi keputusan STPM pada kali ini menunjukkan sedikit penurunan kepada 2.90 mata berbanding 2.92 mata pada STPM tahun 2020.

Bagaimanapun katanya, min GPS bagi sekolah-sekolah negeri Pahang adalah lebih tinggi daripada min GPS negara sebanyal 2.79 mata. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI