fbpx

Tetap bahagia walau jarak usia 40 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Edna dan Simon meraikan ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-17 baru-baru ini. – SWNS

LONDON – Sepasang suami isteri di Britain yang mempunyai perbezaan usia 40 tahun meraikan ulang tahun perkahwinan yang ke-17, sekali gus menepis tanggapan bahawa jurang besar pada usia meningkatkan risiko perceraian, lapor akhbar Metro UK semalam.

Edna Martin, 87, bertemu Simon Martin, 47, ketika mereka masing-masing berusia 69 dan 31 tahun, semasa mengunjungi sebuah konsert. Mereka berkata, ia adalah cinta pandang pertama.

Walaupun sering mendapat pandangan dan komen negatif daripada penduduk tempatan, pasangan itu berkata, rahsia untuk perkahwinan yang berkekalan menjadi ‘pengembaraan’ buat mereka setiap hari.

“Kami masih keluar bersama-sama dan berjalan bergandingan menggunakan kerusi roda kerana menghadapi masalah untuk bergerak secara normal.

“Kami telah memberi inspirasi kepada orang lain dalam menjalinkan perhubungan jarak usia untuk mengambil langkah seterusnya dan berkahwin,” kata Simon.

Edna mempunyai anak lelaki yang berusia 57 tahun selain cucu-cucunya juga lebih tua daripada Simon.

Namun, keluarga terdekat menyokong mereka manakala orang luar tidak lagi menghakimi perkahwinan Simon dan Edna.

Simon ialah seorang pesara ahli muzik yang berjaya memikat Edna menerusi kehebatan muziknya. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI