fbpx

EPL: FA England siasat insiden Tuchel, Conte

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TUCHEL dan Conte terlibat dalam insiden pergaduhan sejurus perlawanan melibatkan Chelsea dan Spurs berakhir di Stamford Bridge Ahad lalu. – AFP

LONDON – Persatuan Bola Sepak (FA) England akan mendakwa pengurus Chelsea, Thomas Tuchel serta pengendali Tottenham Hotspur, Antonio Conte selepas terlibat dalam insiden pergaduhan sebelum ini.

Kedua-dua jurulatih itu dilihat bertegang urat ketika Chelsea dan Spurs berkongsi satu mata apabila seri 2-2 pada sai­ngan Liga Perdana Inggeris (EPL) yang berlangsung di Stamford Bridge Ahad lalu.

Pengadil perlawanan, Anthony Taylor turut melayangkan kad merah kepada Tuchel dan Conte selepas mereka terpaksa ditenangkan oleh pasukan masing-masing apabila bertelagah sebaik sahaja perlawanan tamat.

“Mereka berdua didakwa atas tuduhan melanggar Peraturan E3 FA selepas perlawanan antara Chelsea dan Spurs tamat pada 14 Ogos lalu. Insiden tersebut melayakkan mereka untuk disiasat.

“Kami mendapati tindakan yang dilakukan Tuchel dan Conte selepas perlawanan tamat merupakan salah laku. Oleh itu, Tuchel dan Conte diberikan tempoh hingga 18 Ogos untuk menjawab dakwaan ini,” kata FA dalam satu ke­nyataan.

Memandangkan sudah menerima layangan kad merah, kedua-dua pengurus itu akan berdepan penggantungan dan tidak dibenarkan untuk mengendalikan pasukan masing-masing pada perlawanan seterusnya.

Bagaimanapun, Tuchel mungkin berdepan hukuman lanjut selepas FA sedia melakukan siasatan terhadap kenya­taan beliau yang menggesa supaya Taylor tidak diberikan tugas mengendalikan perlawanan melibatkan Chelsea lagi.
– AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI