fbpx

5 tahun usia, Floor 88, hadiahkan Sahabat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FLOOR 88 kini juga dalam perancangan untuk meluaskan pengaruh mereka sehingga ke negara seberang apabila bakal melancarkan sebuah single bersama Raffa Affa.

MENGIMBAS semula perjalanan Floor 88, kumpulan yang terdiri daripada enam ahli, Ayie Elham selaku vokalis, Achoi (gitar), Falique (bass), Eric Fuzi (keyboard), Akram (dram) dan Amir (gitar kedua), itu kali pertama muncul menerusi Zalikha pada 2017.

Selepas lima tahun memahat nama dalam industri muzik tempatan, merea kembali dengan single terbaru yang sarat permainan sentimental berjudul Sahabat, sekali gus menjadi single balada kedua selepas Yang Benar.

Mengimbas semula perjalanan, kumpulan yang terdiri daripada enam ahli, Ayie Elham selaku vokalis, Achoi (gitar), Falique (bass), Eric Fuzi (keyboard), Akram (dram) dan Amir (gitar kedua), itu kali pertama muncul menerusi Zalikha pada 2017.

Seterusnya, Floor 88 terus memahat nama dalam jiwa peminat menerusi beberapa single lain seperti Hutang, Aqilah, Chikadun dan 24434.

Lagu Sahabat ciptaan Zai Hamzah dan Achoi Floor 88 menceritakan ukhwah antara ahli kumpulan dalam menempuhi susah senang bersama untuk membawa nama Floor 88 sehingga ke hari ini.

Tiada penghujung

Seiring dengan pelancaran single Sahabat, simbolik kepada sambutan ulang tahun Floor 88 yang kelima baru-baru ini, kumpulan itu turut melancarkan album digital penuh berjudul Infinity.

Album Infinity yang memiliki 10 buah lagu memuatkan semua lagu hits Floor 88 termasuk single Sahabat.

Memilih Infinity sebagai tajuk album, Eric Fuzi memberitahu, istilah tersebut menunjukkan karya yang ditonjolkan mereka selama ini tidak pernah terbatas.

“Infiniti bermaksud tiada batas atau penghujung. Kalau tengok koleksi lagu Floor 88, kami tidak tertumpu hanya pada satu genre lagu.

“Bagi kami, berkarya itu tiada batasan. Apa yang terlintas kami akan kongsikan,” ujarnya.

Selain itu, tajuk Infinity itu juga bukan sahaja dipilih selari dengan harapan mereka untuk kekal dalam industri muzik, tetapi juga untuk kekal bersahabat buat selama-lamanya.

Bercakap lebih lanjut, vokalisnya Ayie memberitahu, mulanya Floor 88 berhasrat tampil dengan album studio pertama, namun akibat penularan Covid-19 dan pelaksanaan

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), impian tersebut terpaksa ditukar dengan menghasilkan album berbentuk digital.

“Perancangan itu memang ada (album studio), tapi rezeki belum memihak pada kami kerana pelbagai kekangan ketika negara dilanda pandemik Covid-19,” katanya.

Mengulas mengenai album digital Infinity itu, Ayie berkata single Sahabat termasuk muzik video juga sudah boleh didengarkan mulai 5 Ogos lalu menerusi semua pelantar digital muzik dalam YouTube Rusa Music pada 8 Ogos 2022.

Sementara album Infinity boleh mula didengarkan bermula 8 Ogos 2022 di semua pelantar digital muzik.

“Akhir sekali, seperti mana semua single sebelum ini, diharap karya Sahabat dan album Infinity juga akan mendapat sokongan semua pihak media serta radio tempatan.

“Tidak lupa juga kepada peminat setia yang sentiasa menyokong kami selama lima tahun ini untuk terus kekal aktif di tahun-tahun seterusnya,” kata Ayie.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI